Terma & Syarat

Selamat Datang Ke Sistem Tempahan Online MPKK ("Sistem"). Sistem ini dicipta oleh Majlis Perbandaran Kulim, pihak berkuasa tempatan untuk Bandar Kulim, Kedah, Malaysia. Dengan menggunakan Sistem ini, anda bersetuju untuk mematuhi dan terikat dengan terma dan syarat-syarat yang berikut berkenaan penggunaan Sistem ("Syarat-syarat Penggunaan") dan Polisi Sulit kami. Kami mungkin menyemak Terma Penggunaan dan Polisi Sulit pada bila-bila masa tanpa sebarang notis kepada anda.

Bahagian-bahagian Sistem mungkin mempunyai syarat-syarat penggunaan berbeza yang berlainan disiarkan. Jika terdapat konflik antara Terma Penggunaan dan syarat-syarat penggunaan yang disiarkan untuk bahagian tertentu dalam Sistem, syarat penggunaan yang terkini merupakan keutamaan terhadap penggunaan anda dalam Sistem tersebut.

Had Usia

Bagi pengguna berumur 18 tahun dan ke bawah perlu mendapat kebenaran ibu bapa atau penjaga bagi menggunakan perkhidmatan Sistem Tempahan Online MPKK. Perkhidmatan Sistem Tempahan Online MPKK melibatkan pembayaran secara online menggunakan kad kredit dan pemindahan wang. Langkah ini diambil bagi menjamin agar tiada penyalahgunaan kad kredit dan akaun bank dan ianya adalah milik persendirian.

Penggunaan Maklumat Portal Rasmi

Kandungan hanya digunakan untuk diri sendiri, makluman, tujuan bukan untuk perdagangan; dan

Kandungan tidak boleh diubah suai atau dipinda dalam apa-apa cara. Kecuali penggunaan anda menyumbang kepada "penggunaan yang adil" di bawah undang-undang hak cipta, anda sebaliknya tidak boleh menggunakannya, memuat turun, memuat naik, menyalin, mencetak, memapaparkan, menjalankan, menghasilkan semula, menerbitkan, melesenkan, menyiarkan, menghantar atau mengagihkan apa-apa maklumat daripada Sistem ini sepenuhnya atau sebahagian tanpa kebenaran Majlis Perbandaran Kulim.

Penggunaan Perisian

Sebarang penggunaan perisian dan dokumentasi yang anda muat turun daripada Sistem adalah tertakluk kepada syarat-syarat perjanjian lesen perisian antara anda dan Majlis Perbandaran Kulim. Anda mesti membaca perjanjian lesen dan memberikan persetujuan terhadap syarat-syarat untuk memasang atau menggunakan perisian. Semua hak, tajuk dan kepentingan yang tidak dibenarkan adalah dilarang.

Polisi Bayaran Balik

Perkhidmatan Sistem Tempahan Online MPKK beroperasi atas polisi tiada bayaran balik tunai.

Kesemua bayaran tidak akan dibayar balik kecuali dalam keadaan tertentu yang akan ditentukan oleh Pihak MPKK (contohnya masalah teknikal, masalah dengan sistem perbankan). Kredit hanya akan dikeluarkan atas budi bicara MPKK sepenuhnya. Proses bayaran balik adalah dalam tempoh 14 hari dari tarikh masalah dikenalpasti.

Kata Laluan Dan Keselamatan

Anda bertanggungjawab memelihara maklumat sulit kata laluan anda yang diberi untuk memasuki Sistem, dan adalah bertanggungjawab sepenuhnya untuk semua aktiviti yang berlaku di bawah kata laluan anda. Anda bersetuju untuk memberitahu MPKK dengan segera mana-mana penggunaan tanpa kebenaran kata laluan anda. MPKK mengambil berat tentang keselamatan maklumat peribadi yang kami telah ambil daripada anda dan telah mengambil langkah-langkah munasabah untuk menghalang akses yang tidak sah kepada maklumat itu.

Penamatan Penggunaan

Anda bersetuju bahawa MPKK mungkin, dengan pertimbangan sendiri, pada bila-bila masa menamatkan akses anda kepada Sistem dan mana-mana akaun anda yang mungkin berkaitan dengan Sistem. Akses kepada Sistem yang diawasi oleh MPKK.

Laman-laman Web Pihak Ketiga, Kandungan, Produk Dan Perkhidmatan

Sistem ini memberi pautan kepada Sistem Web dan akses untuk isi kandungan, produk dan perkhidmatan dari pihak ketiga, termasuk pengguna, pengiklan, sekutu-sekutu dan penaja-penaja Sistem. Anda bersetuju bahawa MPKK tidak bertanggungjawab untuk ketersediaan, dan kandungan yang disediakan , Sistem Web pihak ketiga. Anda hendaklah merujuk polisi yang disiarkan oleh Sistem Web lain mengenai polisi privasi dan topik lain sebelum anda menggunakannya. Anda bersetuju bahawa MPKK tidak bertanggungjawab terhadap kandungan pihak ketiga yang boleh diakses melalui Tapak, termasuk pendapat-, nasihat, kenyataan- dan iklan-, dan memahami yang anda menanggung risiko yang berkaitan dengan penggunaan kandungan tersebut. Jika anda memilih untuk membeli mana-mana produk atau perkhidmatan- daripada pihak ketiga, perhubungan anda adalah secara terus dengan pihak ketiga. Anda bersetuju yang Perbadanan Putrajaya tidak bertanggungjawab terhadap: (a) kualiti produk atau perkhidmatan pihak ketiga; dan (b) mematuhi mana-mana syarat-syarat bagi perjanjian anda dengan penjual, termasuk penghantaran produk atau perkhidmatan dan syarat-syarat jaminan yang berkaitan dengan produk atau perkhidmatan yang dibeli. Anda bersetuju bahawa Perbadanan Putrajaya adalah tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang anda mungkin hadapi semasa berurusan dengan mana-mana pihak ketiga.

Penafian

Kecuali di mana dengan nyata sebaliknya, Sistem, dan semua isi kandungan, bahan-bahan, maklumat, perisian, produk dan perkhidmatan yang disediakan di Sistem, disediakan atas berdasar "sebagaimana ia" dan "sebagai tersedia" . MPKK dengan nyata menafikan semua jenis jaminan, sama ada dinyatakan atau tertakluk, termasuk, tetapi tidak terhad untuk, jaminan bagi kebolehniagaan, kesesuaian untuk tujuan tertentu dan bukan pelanggaran. MPKK tidak menjamin yang: (A) Sistem ini akan memenuhi keperluan anda; (B) Sistem ini boleh digunakan tanpa gangguan, pada masa tertentu, selamat, atau bebas daripada kesilapan; (C) keputusan yang mungkin diperolehi daripada penggunaan Sistem ini atau apa-apa perkhidmatan yang ditawarkan melalui Sistem ini adalah tepat atau boleh dipercayai; atau (D) kualiti mana-mana produk, perkhidmatan, maklumat, atau bahan lain yang dibeli atau diperolehi oleh anda melalui Sistem akan memenuhi jangkaan anda. Sebarang kandungan, bahan-bahan, maklumat atau perisian yang dimuat turun atau sebaliknya diperolehi melalui penggunaan Sistem ini adalah dilakukan dengan budi bicara dan risiko anda sendiri. MPKK tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan kepada sistem komputer anda atau kehilangan data yang disebabkan daripada muat turun sebarang kandungan, bahan-bahan, maklumat atau perisian. MPKK mempunyai hak untuk membuat perubahan atau kemaskini pada Sistem ini pada bila-bila masa tanpa notis.

Had Liabiliti

MPKK tidak akan bertanggungjawab sama ada secara langsung, tidak langsung, sampingan, ganti rugi khas atau akibat, atau ganti rugi terhadap kehilangan keuntungan, pendapatan, data atau penggunaan, ditanggung oleh anda atau mana-mana pihak ketiga, sama ada dalam satu tindakan dalam kontrak atau tort, muncul daripada akses anda kepada, atau disebabkan penggunaan tapak ini. Beberapa bidang kuasa tidak membenarkan had atau pengecualian liabiliti. Maka, beberapa had-had di atas mungkin tidak berkaitan dengan anda.

Ganti Rugi

Anda bersetuju untuk mempertahankan, memberi jaminan ganti rugi dan tidak mempertanggungjawabkan MPKK, pegawai-pegawainya, pengarah-pengarah, pekerja-pekerja dan ejen-ejennya daripada dan dari sebarang dan semua tuntutan, liabiliti, kerosakan, kerugian atau perbelanjaan, termasuk bayaran yuran dan kos guaman, yang disebabkan daripada atau apa-apa cara yang berkaitan dengan akses anda kepada atau disebabkan penggunaan Sistem ini.

Polisi Privasi

MPKK mengambil berat terhadap privasi anda dan telah membuat satu dasar mengenai kepentingan privasi. Anda boleh mendapat dasar privasi terkini.

Sekatan Eksport / Pematuhan Undang-undang

Anda tidak dibenarkan untuk akses, muat turun, menggunakan atau mengeksport Sistem ini, atau kandungannya, perisian, produk atau perkhidmatan yang disediakan di Sistem ini yang melanggar undang-undang eksport Malaysia atau peraturan-peraturan, atau melanggar mana-mana undang-undang atau peraturan-peraturan yang berkenaan. Anda bersetuju untuk mematuhi semua undang-undang eksport dan sekatan serta peraturan-peraturan daripada agensi Malaysia atau asing atau pihak berkuasa, dan tidak secara langsung atau tidak langsung memberi atau menyediakan perkhidmatan dan produk MPKK yang melanggar mana-mana sekatan sebegitu, undang-undang atau peraturan-peraturan, atau dengan tanpa kelulusan-kelulusan yang diperlukan , termasuk, tidak terhad, untuk pembangunan, reka bentuk, pengeluaran atau pembuatan senjata nuklear, kimia atau biologi untuk kemusnahan besar-besaran. Sebagaimana yang berkenaan, anda hendaklah mendapatkan dan menanggung semua perbelanjaan berkaitan dengan mana-mana lesen perlu dan / atau pengecualian terhadap penggunaan sendiri perkhidmatan MPKK di luar Malaysia.

Undang-undang yang Diguna Pakai

Semua hal berkaitan dengan akses anda kepada, dan penggunaan, Sistem ini hendaklah merujuk kepada Undang-Undang Malaysia. Sebarang tindakan undang-undang atau prosiding yang berkaitan dengan akses anda kepada, atau penggunaan, Sistem ini akan didengar dalam mahkamah negeri atau persekutuan di Kuala Lumpur, Malaysia. Anda dan MPKK bersetuju untuk mematuhi bidang kuasa, dan bersetuju bahawa tempat yang wajar adalah di mahkamah-mahkamah ini untuk mana-mana tindakan undang-undang atau prosiding.

Hak cipta / Maklumat Cap Dagangan

Hak Cipta © 2025 , Majlis Perbandaran Kulim. Hakcipta terpelihara. Nama lain yang muncul pada Sistem mungkin cap dagangan bagi pemilik masing-masing.

POLISI TEMPAHAN DEWAN MAJLIS PERBANDARAN KULIM (MPKK)

  1. Penyewa hendaklah mengemukakan resit bayaran sewaan dan cagaran penggunaan dewan MPKK kepada Penyelia Dewan yang dilantik sebagai bukti permohonan untuk menempah dan menggunakan dewan MPKK telah diluluskan oleh MPKK.
  2. Penyewa hendaklah mematuhi apa-apa arahan yang ditetapkan oleh MPKK dari semasa ke semasa melalui Penyelia Dewan yang dilantik.
  3. Penyewa hendaklah memaklumkan kepada MPKK tentang hasratnya untuk membatalkan tempahan dewan MPKK yang telah diluluskan tertakluk kepada penolakan bayaran sewa mengikut tempoh pemakluman dibuat oleh penyewa kepada MPKK seperti berikut:
  4. Penyewa hendaklah memastikan TIADA MAKANAN ATAU MINUMAN MEMABUKKAN DAN TIDAK HALAL dihidangkan atau dibawa masuk ke dalam dewan MPKK sebelum, semasa dan selepas penggunaan dewan MPKK.
  5. Penyewa hendaklah mengosongkan dewan MPKK termasuk mengalihkan semua perkakasan atau peralatan yang terdapat dalam kawasan dewan MPKK dengan kadar segera selepas tamat tempoh penggunaan dewan MPKK. Sekiranya penyewa gagal berbuat demikian, MPKK berhak mengalihkan perkakasan atau peralatan yang masih terdapat dalam kawasan dewan MPKK dan MPKK tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian atau kehilangan perkakasan atau peralatan yang ditanggung oleh penyewa dan MPKK berhak memotong apa-apa amaun dari jumlah cagaran yang dikenakan kepada penyewa.
  6. Penyewa hendaklah menjaga kebersihan dan menggunakan apa-apa kemudahan yang disediakan di dewan MPKK dengan cermat. Jika terdapat kerosakan yang disebabkan oleh kecuaian penyewa, kos pembaikan kerosakan tersebut hendaklah ditanggung oleh penyewa.
  7. Penyewa TIDAK DIBENARKAN untuk memaku,menebuk lubang dan merosakkan dinding dewan.
  8. MPKK tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kecederaan, kemalangan dan kehilangan barangan yang berlaku ke atas penyewa atau mana-mana orang sebelum, semasa dan selepas penggunaan dewan MPKK.
  9. MPKK tidak akan bertanggungjawab ke atas segala risiko kegagalan pembekalan kuasa elektrik atau air dan perkara-perkara lain yang di luar jangkaan.
  10. Sebarang kerja tambahan atau pengubahsuaian yang melibatkan struktur bangunan, pendawaian elektrik dan/ atau bekalan air melibatkan dewan MPKK adalah TIDAK DIBENARKAN.
  11. Pada bila-bila masa dalam keadaan tertentu, MPKK boleh membatalkan tempahan dengan menghubungi penyewa atau melalui surat pemakluman dalam tempoh selewat-lewatnya TUJUH (7) HARI sebelum tarikh tempahan KECUALI BAGI KES-KES KHAS, ISTIMEWA DAN KECEMASAN.
  12. Pada bila-bila masa dalam keadaan tertentu, MPKK boleh mempertimbangkan pemulangan semula bayaran sewaan dan/ atau cagaran melibatkan KES-KES KHAS, ISTIMEWA DAN KECEMASAN dengan kelulusan Yang Dipertua/ Timbalan Yang Dipertua MPKK.
  13. CAGARAN TEMPAHAN DEWAN PERLU DITUNTUT DALAM TEMPOH 30 HARI DARI TARIKH PENGGUNAAN DEWAN. KEGAGALAN PENYEWA MENUNTUT CAGARAN BOLEH MENYEBAB CAGARAN TERSEBUT DILUPUSKAN OLEH PIHAK MAJLIS.
  14. Sekiranya berlaku pelanggaran terhadap mana-mana polisi atau syarat tempahan dan penggunaan dewan MPKK, MPKK berhak memotong apa-apa amaun dari jumlah cagaran yang dikenakan kepada penyewa.
  15. Penyewa sentiasa menanggung rugi, melepaskan dan mengecualikan MPKK daripada sebarang liabiliti, tindakan, prosiding, perintah, faedah, kos dan/ atau apa-apa tuntutan kerugian yang boleh dibuat atau dikenakan oleh mana-mana orang akibat daripada penggunaan dewan MPKK oleh penyewa.
  16. Penyewa boleh menggunakan Dewan MPKK bermula jam 12.00 tengah malam sehingga 12.00 tengah malam keesokkan harinya. Sekiranya tempoh pengunaan tersebut melebihi masa yang ditetapkan MPKK akan mengenakan pemotongan dari cagaran yang diterima.

SYARAT-SYARAT TEMPAHAN PADANG BOLA SEPAK DAN FASILITI (BILIK SEMINAR / PROGRAM SOSIAL) DI STADIUM KULIM, KEDAH DARUL AMAN

1.    Bayaran sewaan kemudahan di Stadium Kulim hendaklah dijelaskan sepenuhnya semasa membuat tempahan. Tempahan dan Pembayaran sewaan boleh dibuat melalui laman web msb.mpkk.gov.my

2.  Sebarang tundaan sewaan selewat-lewatnya hendaklah dimaklumkan 2 (dua) hari sebelum tarikh digunakan. Jika sebarang pindaan atau tundaan atas sebab-sebab yang boleh digunapakai pada hari sewaan, maka perkara tersebut hendaklah dimaklumkan pada pihak pengurusan Stadium Kulim dan tundaan ke tarikh baru hanya dibenarkan dilakukan pada hari tersebut sahaja. Apabila telah masuk hari seterusnya, Tidak dibenarkan melakukan lagi sebarang tundaan sewaan.

3.    Sebarang tundaan sewaan tanpa sebab atau tanpa kebenaran pihak Pengurusan Stadium Kulim adalah tidak dibenarkan.

4.   Jika sewaan padang bagi tujuan bola sepak telah berlangsung melebihi separuh daripada masa tempahan iaitu melebihi 1 jam bagi setiap sesi dan berlaku hujan lebat atau masalah teknikal (lampu limpah) dan lain-lain, maka tiada sebarang tundaan sewaan akan dilakukan untuk tempahan tersebut.

5.    Pembatalan tempahan bagi tujuan sewaan Program Sosial oleh penyewa/pengguna sendiri, maka potongan sebanyak 20% daripada harga sewaan tersebut akan dikenakan kepada penyewa/pengguna.

6.  Pembatalan tempahan bagi tujuan sewaan Padang dan Bilik Seminar, hanya dibenarkan tundaan ke tarikh baru, wang sewaan tidak akan dikembalikan bagi tujuan tersebut.

7.  Sebarang kerosakan, kecacatan atau kehilangan peralatan dan kemudahan semasa penggunaan adalah menjadi tanggungjawab penyewa/pengguna untuk memperbaiki atau menggantikannya.

8.    Pihak Pengurusan Stadium Kulim tidak bertanggungjawab di atas sebarang kecederaan, kecurian, kematian dan sebagainya yang dialami oleh pengguna/penyewa atau harta benda pengguna/penyewa sepanjang tempoh penyewaan. Semua aktiviti yang dijalankan adalah tanggungjawab pengguna/penyewa sendiri.

9.   Pihak Pengurusan Stadium Kulim berhak menunda atau membatalkan kebenaran penggunaan stadium dengan tanpa notis sekiranya keadaan memerlukan atau timbul perkara-perkara yang berkaitan dengan keperluan penggunaan stadium oleh pihak pengurusan atau majlis-majlis rasmi.

10. Sekiranya berlaku hujan, Pihak Pengurusan Stadium Kulim berhak menunda atau membatalkan penggunaan/penyewaan padang stadium bagi tujuan memastikan padang berada dalam keadaan baik.

11.Pengguna/penyewa hendaklah mendapatkan kebenaran untuk memaparkan iklan-iklan sama ada jenis kain, logo, papan kenyataan dan lain-lain daripada pihak Pengurusan Stadium Kulim. Iklan yang mempunyai gambar minuman keras dan rokok juga tidak dibenarkan untuk dipamerkan di atas kain rentang.

12.Pengguna/penyewa hendaklah mematuhi masa tempahan yang telah ditetapkan. Caj tambahan akan dikenakan sekiranya pengguna/penyewa menggunakan fasiliti stadium selepas tamat tempoh yang dibenarkan.

13.Pengguna/penyewa tidak dibenarkan mengorek / menggali mana-mana bahagian di kawasan stadium (trek balapan, kawasan padang, gelanggang, bilik-bilik, astaka dan lain-lain) untuk tujuan mendirikan khemah atau sebagainya tanpa kebenaran daripada pihak Pengurusan Stadium Kulim.

14.Talian elektrik tidak dibenarkan disambung keluar daripada kawasan stadium kecuali dengan kebenaran daripada Tuan Yang Dipertua MPKK atau pihak Pengurusan Stadium Kulim.

15.Tidak dibenarkan membawa masuk sebarang kenderaan/binatang peliharaan ke dalam kawasan trek balapan, bilik-bilik dan padang stadium kecuali mendapat kebenaran terlebih dahulu daripada pihak Pengurusan Stadium Kulim.

16. Bagi tujuan Tuntutan Wang Cagaran tempahan Program Sosial dan Tempahan Pakej Liga Bola Sepak, Pengguna/penyewa perlulah mengemukakan dokumen tersebut kepada pihak MPKK, antaranya ialah:

a)    Salinan Kad Pengenalan

b)    Penyata Akaun Bank

c)    Surat Akuan Sumpah

(Jika nama dalam penyata akaun bank tidak sama dengan resit bayaran asal)

17.Wang cagaran bagi tujuan sewaan Program Sosial dan Tempahan Pakej Liga Bola Sepak akan dikembalikan apabila pengguna/penyewa telah membersihkan kembali dan memastikan kawasan/tapak sewaan berada dalam keadaan baik dan disahkan oleh pihak pengurusan Stadium Kulim.

18.Tempoh tuntutan wang cagaran bagi tujuan sewaan Program Sosial dan Tempahan Pakej Liga Bola Sepak hendaklah dilakukan dalam masa 30 (Tiga Puluh) hari selepas tarikh sewaan sahaja. Jika tuntutan wang cagaran dilakukan melebihi daripada tempoh masa tersebut, maka pemotongan sebanyak 20% daripada jumlah cagaran tersebut akan dikenakan kepada pengguna/penyewa.

19. Peraturan/Syarat dan Kadar penggunaan lain yang tidak dinyatakan akan ditentukan oleh pihak Pengurusan Stadium Kulim mengikut kesesuaian.

20. Penguatkuasaan serta pengubahsuaian peraturan dan syarat di atas adalah berdasarkan kesesuaian dan budi bicara pihak Pengurusan Stadium Kulim.

21.Pengguna/penyewa hendaklah mematuhi segala peraturan yang ditetapkan dan syarat-syarat lain yang akan dikenakan dari semasa ke semasa. Kegagalan mematuhi peraturan boleh menyebabkan tempahan dibatalkan dan wang sewaan tidak dikembalikan.

22. Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila berhubung dengan pihak Pengurusan Stadium Kulim di talian 04-432 5225 sambungan 342.

Semua bahan dan data yang diposkan ke dalam Sistem ini untuk tujuan penerangan sahaja. Majlis Perbandaran Kulim dan kerajaan Negeri Kedah serta Kerajaan Malaysia dengan nyata menafikan semua liabiliti untuk mana-mana orang atau entiti untuk sebarang kehilangan atau kerosakan akibat daripada atau berkaitan dengan penggunaan atau pergantungan keseluruhan atau mana-mana bahagian apa-apa maklumat yang diperolehi dari Sistem ini.

Berjaya!
Ralat!