Dewan
Dewan Putra Kulim
Lebuh Bandar 2, Bandar Putra, 09000, Kulim, Kedah
Kadar Tempahan :
SEWAAN PAKEJ RM 450.00 MAJLIS SOSIAL RM 1,200.00 MAJLIS KOMERSIAL RM 1,500.00Cagaran :
Waktu Operasi :
Spesifikasi :
Meja 20 Unit
Kerusi 200 Unit
Senarai Sesi Tersedia :
Sesi Sehari (12:00 AM - 11:00 PM)
Tersedia untuk tempahan
Tempah Sekarang!POLISI TEMPAHAN DEWAN MAJLIS PERBANDARAN KULIM (MPKK)
- Penyewa hendaklah mengemukakan resit bayaran sewaan dan cagaran penggunaan dewan MPKK kepada Penyelia Dewan yang dilantik sebagai bukti permohonan untuk menempah dan menggunakan dewan MPKK telah diluluskan oleh MPKK.
- Penyewa hendaklah mematuhi apa-apa arahan yang ditetapkan oleh MPKK dari semasa ke semasa melalui Penyelia Dewan yang dilantik.
-
Penyewa hendaklah memaklumkan kepada MPKK tentang hasratnya untuk membatalkan tempah dan penggunaan dewan MPKK yang telah diluluskan tertakluk kepada penolakan bayaran sewa mengikut tempoh pemakluman dibuat oleh penyewá kepada MPKK seperti berikut:
PEMBATALAN PENYEWAAN PKADAR POTONGAN YANG DIKENAKAN Pembatalan penyewaan lebih 1 bulan dari tarikh penyewaan 10% Pembatalan penyewaan kurang 1 bulan dari tarikh penyewaan 50% Pembatalan penyewaan yang tidak dimaklumkan oleh penyewa sehingga tarikh penyewaan 100% - Penyewa hendaklah memastikan TIADA MAKANAN ATAU MINUMAN MEMABUKKAN DAN TIDAK HALAL dihidangkan atau dibawa masuk ke dalam dewan MPKK sebelum, semasa dan selepas penggunaan dewan MPKK.
- Penyewa hendaklah mengosongkan dewan MPKK termasuk mengalihkan semua perkakasan atau peralatan yang terdapat dalam kawasan dewan MPKK dengan kadar segera selepas tamat tempoh penggunaan dewan MPKK. Sekiranya penyewa gagal berbuat demikian, MPKK berhak mengalihkan perkakasan atau peralatan yang masih terdapat dalam kawasan dewan MPKK dan MPKK tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian atau kehilangan perkakasan atau peralatan yang ditanggung oleh penyewa dan MPKK berhak memotong apa-apa amaun dari jumlah cagaran yang dikenakan kepada penyewa.
- Penyewa hendaklah menjaga kebersihan dan menggunakan apa-apa kemudahan yang disediakan di dewan MPKK dengan cermat. Jika terdapat kerosakan yang disebabkan oleh kecuaian penyewa, kos pembaikan kerosakan tersebut hendaklah ditanggung oleh penyewa.
- Penyewa TIDAK DIBENARKAN untuk memaku,menebuk lubang dan merosakkan dinding dewan.
- MPKK tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kecederaan, kemalangan dan kehilangan barangan yang berlaku ke atas penyewa atau mana-mana orang sebelum, semasa dan selepas penggunaan dewan MPKK.
- MPKK tidak akan bertanggungjawab ke atas segala risiko kegagalan pembekalan kuasa elektrik atau air dan perkara-perkara lain yang di luar jangkaan.
- Sebarang kerja tambahan atau pengubahsuaian yang melibatkan struktur bangunan, pendawaian elektrik dan/ atau bekalan air melibatkan dewan MPKK adalah TIDAK DIBENARKAN.
- Pada bila-bila masa dalam keadaan tertentu, MPKK boleh membatalkan tempahan dengan menghubungi penyewa atau melalui surat pemakluman dalam tempoh selewat-lewatnya TUJUH (7) HARI sebelum tarikh tempahan KECUALI BAGI KES-KES KHAS, ISTIMEWA DAN KECEMASAN.
- Pada bila-bila masa dalam keadaan tertentu, MPKK boleh mempertimbangkan pemulangan semula bayaran sewaan dan/ atau cagaran melibatkan KES-KES KHAS, ISTIMEWA DAN KECEMASAN dengan kelulusan Yang Dipertua/ Timbalan Yang Dipertua MPKK.
- CAGARAN TEMPAHAN DEWAN PERLU DITUNTUT DALAM TEMPOH 30 HARI DARI TARIKH PENGGUNAAN DEWAN. KEGAGALAN PENYEWA MENUNTUT CAGARAN BOLEH MENYEBAB CAGARAN TERSEBUT DILUPUSKAN OLEH PIHAK MAJLIS.
- Sekiranya berlaku pelanggaran terhadap mana-mana polisi atau syarat tempahan dan penggunaan dewan MPKK, MPKK berhak memotong apa-apa amaun dari jumlah cagaran yang dikenakan kepada penyewa.
- Penyewa sentiasa menanggung rugi, melepaskan dan mengecualikan MPKK daripada sebarang liabiliti, tindakan, prosiding, perintah, faedah, kos dan/ atau apa-apa tuntutan kerugian yang boleh dibuat atau dikenakan oleh mana-mana orang akibat daripada penggunaan dewan MPKK oleh penyewa.
- Penyewa boleh menggunakan Dewan MPKK bermula jam 12.00 tengah malam sehingga 12.00 tengah malam keesokkan harinya. Sekiranya tempoh pengunaan tersebut melebihi masa yang ditetapkan MPKK akan mengenakan pemotongan dari cagaran yang diterima.
Dewan Putra Kulim
-
25/05/2026
12:00 AM - 11:00 PM
Tempahan Disahkan -
20/05/2026
12:00 AM - 11:00 PM
Tempahan Disahkan -
01/06/2026
12:00 AM - 11:00 PM
Tunggu Bayaran -
24/10/2026
12:00 AM - 11:00 PM
Tempahan Disahkan (cagaran) -
23/01/2027
12:00 AM - 11:00 PM
Tempahan Disahkan (cagaran)