Dataran Stadium
Dataran Stadium Kulim
212, Jalan Nenas 1, Taman Nenas, 09000, Kulim, Kedah
Kadar Tempahan :
RM 1,200.00
Kemudahan Tambahan :
Caj Permit Khemah Biasa Bersaiz 10' X 10' (Per Unit) RM 10.00 Caj Permit Khemah Arabic / Pyramid Bersaiz 20' X 20' (Per Unit) RM 20.00 Caj Permit Khemah Halfmoon Bersaiz 20' X 40' (Per Unit) RM 30.00 Caj Permit Khemah Marquee Tent (Per Unit) RM 50.00Cagaran :
Waktu Operasi :
Spesifikasi :
Dataran / Kawasan Lapang Bersimen
Tandas
Senarai Sesi Tersedia :
Sewaan Sehari (07:00 AM - 11:00 PM)
Sewaan Siang (07:00 AM - 05:00 PM)
Sewaan Malam (07:00 PM - 12:00 AM)
WAKTU PENGOPERASIAN DATARAN STADIUM KULIM
- HARI : SETIAP HARI (ISNIN HINGGA AHAD)
- WAKTU : 8.00 PAGI HINGGA 12.00 MALAM
Tersedia untuk tempahan
Tempah Sekarang!SYARAT-SYARAT TEMPAHAN DATARAN STADIUM KULIM
1. Bayaran sewaan dan cagaran Dataran Stadium Kulim hendaklah dijelaskan sepenuhnya mengikut kadar sewaan yang ditetapkan, jika tempahan tersebut dibuat dalam bulan yang sama dengan tarikh sewaan. Selain itu, jika tempahan dibuat awal melebihi 1 bulan daripada tarikh sewaan, maka pengguna/penyewa boleh membuat bayaran cagaran terlebih dahulu dan kemudian menjelaskan bayaran penuh dalam bulan sewaan bagi tujuan tersebut. Jika gagal membuat bayaran dalam masa tersebut maka tempahan akan dibatalkan. Penggunaan Dataran Stadium Kulim hanya berkuatkuasaan selepas semua bayaran dijelaskan. Tempahan dan Pembayaran sewaan boleh dibuat melalui laman web msb.mpkk.gov.my
2. Pengguna/penyewa perlu mengemukakan surat permohonan kelulusan terlebih dahulu kepada pihak MPKK bagi tujuan sewaan dataran serta penganjuran program dan kelulusan Pejabat Daerah Kulim dan Ibu Pejabat Polis Daerah Kulim bagi tujuan permit hiburan (jika berkenaan). Dokumen yang perlu disertakan bagi setiap tempahan Dataran Stadium Kulim adalah seperti berikut:
a) Surat Permohonan Sewaan Dataran Stadium Kulim bagi tujuan program
b) Kertas Kerja Program
c) Aturcara Program
d) Susun Atur / Layout Tapak Program
3. Pihak Pengurusan Stadium Kulim akan berhubung dengan pengguna/penyewa bagi tujuan kelulusan penganjuran program dan sewaan Dataran Stadium Kulim setelah tempahan telah dibuat.
4. Sebarang tundaan sewaan selewat-lewatnya hendaklah dimaklumkan 14 (Empat Belas) hari sebelum tarikh digunakan. Jika sebarang pindaan atau tundaan atas sebab-sebab yang boleh digunapakai pada hari sewaan, maka perkara tersebut hendaklah dimaklumkan pada pihak pengurusan Stadium Kulim dan tundaan ke tarikh baru hanya dibenarkan dilakukan pada hari tersebut sahaja. Apabila telah masuk hari seterusnya, Tidak dibenarkan melakukan lagi sebarang tundaan sewaan.
5. Sebarang tundaan sewaan tanpa sebab atau tanpa kebenaran MPKK adalah tidak dibenarkan.
6. Pihak Pengurusan Stadium Kulim berhak menunda atau membatalkan kebenaran penggunaan Dataran Stadium Kulim dengan tanpa notis sekiranya keadaan memerlukan atau timbul perkara-perkara yang berkaitan dengan keperluan penggunaan stadium oleh pihak pengurusan atau majlis-majlis rasmi.
7. Sebarang kerosakan, kecacatan atau kehilangan peralatan dan kemudahan semasa penggunaan adalah menjadi tanggungjawab penyewa/pengguna untuk memperbaiki atau menggantikannya.
8. Pihak Pengurusan Stadium tidak bertanggungjawab di atas sebarang kecederaan, kecurian, kematian dan sebagainya yang dialami oleh pengguna/penyewa atau harta benda pengguna/penyewa sepanjang tempoh penyewaan. Semua aktiviti yang dijalankan adalah tanggungjawab pengguna/penyewa sendiri.
9. Pengguna/penyewa hendaklah mematuhi masa tempahan yang telah ditetapkan. Caj tambahan akan dikenakan sekiranya pengguna/penyewa menggunakan Dataran Stadium Kulim lebih dari masa yang dibenarkan.
|
BIL |
BILANGAN HARI PROGRAM SEWAAN |
SEBELUM PROGRAM (RESERVED)
|
SELEPAS PROGRAM (RESERVED) |
|
1. |
KURANG DARIPADA 10 HARI
|
3 HARI |
3 HARI |
11. Caj Tambahan akan dikenakan kepada
pengguna/penyewa, jika mendapati masa pemasangan dan pemunggahan barangan
kelengkapan program melebihi daripada masa yang ditetapkan oleh pihak
Pengurusan Stadium Kulim.
12. Pengguna/penyewa tidak dibenarkan mengorek / menggali mana-mana bahagian di kawasan Dataran Stadium Kulim untuk tujuan mendirikan khemah atau sebagainya tanpa kebenaran daripada pihak Pengurusan Stadium Kulim.
13. Pengguna/penyewa bertanggungjawab sepenuhnya untuk menjaga keselamatan dan kebersihan Tandas Awam Dataran Stadium sepanjang berlangsungnya program / masa sewaan dan memastikan tandas tersebut sentiasa berada dalam keadaan baik dan bersih. Sebarang kerosakan pada tandas awam tersebut adalah menjadi tanggungjawab pengguna/penyewa untuk memperbaiki atau menggantikannya.
14. Tidak dibenarkan masuk ke dalam kawasan trek, balapan, dan padang stadium kecuali mendapat kebenaran terlebih dahulu daripada Pihak Pengurusan Stadium.
15. Talian elektrik tidak dibenarkan disambung keluar daripada kawasan stadium kecuali dengan kebenaran daripada Tuan Yang Dipertua MPKK atau pihak Pengurusan Stadium Kulim.
16. Bagi tujuan bekalan Elektrik di Dataran Stadium Kulim, pengguna/penyewa perlulah berurusan dengan pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) sendiri.
a) Salinan Kad Pengenalan
b) Penyata Akaun Bank
c) Surat Akuan Sumpah
(Jika nama dalam penyata akaun bank tidak sama dengan resit bayaran asal)
20. Peraturan/Syarat dan kadar penggunaan lain yang tidak dinyatakan akan ditentukan oleh pihak Pengurusan Stadium mengikut kesesuaian.
21. Penguatkuasaan serta pengubahsuaian peraturan dan syarat di atas adalah berdasarkan kesesuaian dan budi bicara Pihak Pengurusan Stadium.
22. Pengguna hendaklah mematuhi segala peraturan yang ditetapkan dan syarat-syarat lain yang akan dikenakan dari semasa ke semasa. Kegagalan mematuhi peraturan boleh menyebabkan tempahan dibatalkan dan wang sewaan tidak dikembalikan.
23. Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila berhubung dengan pihak Pengurusan Stadium Kulim di talian 04-432 5225 sambungan 342.
Dataran Stadium Kulim
-
12/09/2026
07:00 AM - 11:00 PM
Tunggu Bayaran -
21/05/2026 - 26/05/2026
07:00 AM - 11:00 PM
Tempahan Disahkan -
28/01/2026 - 01/02/2026
07:00 AM - 11:00 PM
Tempahan Disahkan -
09/05/2026 - 11/05/2026
07:00 AM - 11:00 PM
Tempahan Disahkan -
13/02/2026 - 15/02/2026
07:00 AM - 11:00 PM
Tempahan Disahkan