Kemudahan

Ikon BILIK SEMINAR STADIUM Bilik Seminar Stadium

Bilik Seminar Stadium Kulim

212, Jalan Nenas 1, Taman Nenas, 09000, Kulim, Kedah

Kadar Tempahan :

RM 200.00

Waktu Operasi :

08:00 AM - 05:00 PM

Spesifikasi :

Penghawa Dingin

Projektor

Skrin Projektor

Pembesar Suara / Pa Sistem

Meja Lipat

Kerusi Plastik

Senarai Sesi Tersedia :

Sesi Sehari (08:00 AM - 05:00 PM)

WAKTU PENGOPERASIAN BILIK SEMINAR STADIUM KULIM

  • HARI : SETIAP HARI (ISNIN HINGGA AHAD)
  • WAKTU : 8.00 PAGI HINGGA 5.00 PETANG

Tersedia untuk tempahan

Tempah Sekarang!
Tunggu Bayaran Tempahan Disahkan Tempahan Disahkan (Cagaran) Ditambah Oleh Admin Penyelenggaraan Cuti Umum
Kalendar ini memaparkan tempahan untuk kemudahan ini sahaja.

SYARAT-SYARAT TEMPAHAN PADANG BOLA SEPAK DAN FASILITI

(BILIK SEMINAR / PROGRAM SOSIAL) DI

STADIUM KULIM, KEDAH DARUL AMAN

 

1.  Bayaran sewaan kemudahan di Stadium Kulim hendaklah dijelaskan sepenuhnya semasa membuat tempahan. Tempahan dan Pembayaran sewaan boleh dibuat melalui laman web msb.mpkk.gov.my

 

2.  Sebarang tundaan sewaan selewat-lewatnya hendaklah dimaklumkan 2 (dua) hari sebelum tarikh digunakan. Jika sebarang pindaan atau tundaan atas sebab-sebab yang boleh digunapakai pada hari sewaan, maka perkara tersebut hendaklah dimaklumkan pada pihak pengurusan Stadium Kulim dan tundaan ke tarikh baru hanya dibenarkan dilakukan pada hari tersebut sahaja. Apabila telah masuk hari seterusnya, Tidak dibenarkan melakukan lagi sebarang tundaan sewaan.


3.    Sebarang tundaan sewaan tanpa sebab atau tanpa kebenaran pihak Pengurusan Stadium Kulim adalah tidak dibenarkan.

 

4.   Jika sewaan padang bagi tujuan bola sepak telah berlangsung melebihi separuh daripada masa tempahan iaitu melebihi 1 jam bagi setiap sesi dan berlaku hujan lebat atau masalah teknikal (lampu limpah) dan lain-lain, maka tiada sebarang tundaan sewaan akan dilakukan untuk tempahan tersebut.


5.  Pembatalan tempahan bagi tujuan sewaan Program Sosial oleh penyewa/pengguna sendiri, maka potongan sebanyak 20% daripada harga sewaan tersebut akan dikenakan kepada penyewa/pengguna.


6.  Pembatalan tempahan bagi tujuan sewaan Padang dan Bilik Seminar, hanya dibenarkan tundaan ke tarikh baru, wang sewaan tidak akan dikembalikan bagi tujuan tersebut.


7. Sebarang kerosakan, kecacatan atau kehilangan peralatan dan kemudahan semasa penggunaan adalah menjadi tanggungjawab penyewa/pengguna untuk memperbaiki atau menggantikannya.

 

8.   Pihak Pengurusan Stadium Kulim tidak bertanggungjawab di atas sebarang kecederaan, kecurian, kematian dan sebagainya yang dialami oleh pengguna/penyewa atau harta benda pengguna/penyewa sepanjang tempoh penyewaan. Semua aktiviti yang dijalankan adalah tanggungjawab pengguna/penyewa sendiri.


9.   Pihak Pengurusan Stadium Kulim berhak menunda atau membatalkan kebenaran penggunaan stadium dengan tanpa notis sekiranya keadaan memerlukan atau timbul perkara-perkara yang berkaitan dengan keperluan penggunaan stadium oleh pihak pengurusan atau majlis-majlis rasmi.

 

10. Sekiranya berlaku hujan, Pihak Pengurusan Stadium Kulim berhak menunda atau membatalkan penggunaan/penyewaan padang stadium bagi tujuan memastikan padang berada dalam keadaan baik.


11. Pengguna/penyewa hendaklah mendapatkan kebenaran untuk memaparkan iklan-iklan sama ada jenis kain, logo, papan kenyataan dan lain-lain daripada pihak Pengurusan Stadium Kulim. Iklan yang mempunyai gambar minuman keras dan rokok juga tidak dibenarkan untuk dipamerkan di atas kain rentang.

 

12. Pengguna/penyewa hendaklah mematuhi masa tempahan yang telah ditetapkan. Caj tambahan akan dikenakan sekiranya pengguna/penyewa menggunakan fasiliti stadium selepas tamat tempoh yang dibenarkan.


13. Pengguna/penyewa tidak dibenarkan mengorek / menggali mana-mana bahagian di kawasan stadium (trek balapan, kawasan padang,          gelanggang, bilik-bilik, astaka dan lain-lain) untuk tujuan mendirikan khemah atau sebagainya tanpa kebenaran daripada pihak Pengurusan Stadium Kulim.


14. Talian elektrik tidak dibenarkan disambung keluar daripada kawasan stadium kecuali dengan kebenaran daripada Tuan Yang Dipertua MPKK atau pihak Pengurusan Stadium Kulim.

 

15. Tidak dibenarkan membawa masuk sebarang kenderaan/binatang peliharaan ke dalam kawasan trek balapan, bilik-bilik dan padang stadium kecuali mendapat kebenaran terlebih dahulu daripada pihak Pengurusan Stadium Kulim.


16. Bagi tujuan Tuntutan Wang Cagaran tempahan Program Sosial dan Tempahan Pakej Liga Bola Sepak, Pengguna/penyewa perlulah mengemukakan dokumen tersebut kepada pihak MPKK, antaranya ialah:


a)    Salinan Kad Pengenalan

b)    Penyata Akaun Bank

c)    Surat Akuan Sumpah

(Jika nama dalam penyata akaun bank tidak sama dengan resit bayaran asal)


17. Wang cagaran bagi tujuan sewaan Program Sosial dan Tempahan Pakej Liga Bola Sepak akan dikembalikan apabila pengguna/penyewa telah membersihkan kembali dan memastikan kawasan/tapak sewaan berada dalam keadaan baik dan disahkan oleh pihak pengurusan Stadium Kulim.

 

18. Tempoh tuntutan wang cagaran bagi tujuan sewaan Program Sosial dan Tempahan Pakej Liga Bola Sepak hendaklah dilakukan dalam masa 30 (Tiga Puluh) hari selepas tarikh sewaan sahaja. Jika tuntutan wang cagaran dilakukan melebihi daripada tempoh masa tersebut, maka pemotongan sebanyak 20% daripada jumlah cagaran tersebut akan dikenakan kepada pengguna/penyewa.

 

19. Peraturan/Syarat dan Kadar penggunaan lain yang tidak dinyatakan akan ditentukan oleh pihak Pengurusan Stadium Kulim mengikut kesesuaian.

 

20. Penguatkuasaan serta pengubahsuaian peraturan dan syarat di atas adalah berdasarkan kesesuaian dan budi bicara pihak Pengurusan Stadium Kulim.


21. Pengguna/penyewa hendaklah mematuhi segala peraturan yang ditetapkan dan syarat-syarat lain yang akan dikenakan dari semasa ke semasa. Kegagalan mematuhi peraturan boleh menyebabkan tempahan dibatalkan dan wang sewaan tidak dikembalikan.

22. Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila berhubung dengan pihak Pengurusan Stadium Kulim di talian 04-432 5225 sambungan 342.

Kemudahan Lain
  • Gambar Utama DEWAN BANDARAN KULIM
    DEWAN BANDARAN KULIM DEWAN
  • Gambar Utama DEWAN PUTRA KULIM
    DEWAN PUTRA KULIM DEWAN
  • Gambar Utama DEWAN MAHSURI
    DEWAN MAHSURI DEWAN
  • Gambar Utama GELANGGANG BADMINTON DEWAN BANDARAN
    GELANGGANG BADMINTON DEWAN BANDARAN GELANGGANG BADMINTON
  • Gambar Utama GELANGGANG BADMINTON DEWAN MAHSURI
    GELANGGANG BADMINTON DEWAN MAHSURI GELANGGANG BADMINTON
  • Gambar Utama PADANG BOLA STADIUM KULIM
    PADANG BOLA STADIUM KULIM PADANG BOLA STADIUM
  • Gambar Utama DATARAN STADIUM KULIM
    DATARAN STADIUM KULIM DATARAN STADIUM
  • Gambar Utama PROGRAM SOSIAL STADIUM KULIM
    PROGRAM SOSIAL STADIUM KULIM PROGRAM SOSIAL STADIUM
  • Gambar Utama DEWAN PADANG SERAI
    DEWAN PADANG SERAI DEWAN
Tempahan Terkini
Bilik Seminar Stadium Kulim
  • 16/08/2026

    08:00 AM - 05:00 PM

    Tempahan Disahkan
  • 08/06/2026

    08:00 AM - 05:00 PM

    Tempahan Disahkan
  • 15/04/2026

    08:00 AM - 05:00 PM

    Tempahan Disahkan
  • 09/04/2026

    08:00 AM - 05:00 PM

    Tempahan Disahkan
  • 12/04/2026

    08:00 AM - 05:00 PM

    Tempahan Disahkan